Langkau ke kandungan utama

Rukun Hibah dalam Islam


RUKUN HIBAH

rukun hibah syarat hibah
4 rukun hibah yang wajib dipenuhi supaya hibah dapat ditunaikan sah disisi syarat

Antara rukun hibah yang mesti anda tahu adalah pemberi hibah(a;-wahib), penerima hibah(al-mawhub lahu), harta yang dihibahkan(al-mawhub), sighah.




kita lihat secara detail pengertian satu persatu rukun dalam hibah seperti berikut :

1. Pemberi hibah (al-Wahib)

Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rusyd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.


2. Penerima hibah (al-Mawhub lahu)

Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.


3. Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)

Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat iaitu hendaklah barang atau harta yang halal. Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak. Barang atau harta itu milik pemberi hibah. Ia boleh diserah milikkan dan benar-benar wujud semasa dihibahkan.


4. Sighah iaitu ijab dan kabul

Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. 

Di antara contoh lafaz ijab secara terang (sarih) ialah seperti kata pemberi :


“Aku berikan barang ini kepadamu” atau secara kinayah seperti kata pemberi “Aku telah menyerahkan hakmilik kepadamu” atau “Aku jadikan barang ini untukmu”


Sementara contoh lafaz qabul (penerimaan) pula ialah seperti : 



“aku terima”, “aku redha” dan sebagainya.

syarat dan rukun hibah



Pengertian Hibah - Baca disini apa itu hibah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Pejabat Pusaka Kecil Mengikut Negeri di Malaysia

Dimana pejabat pusaka kecil berdekatan dengan anda? Anda boleh rujuk senarai direktori pusaka kecil dibawah mengikut negeri anda Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Aras Bawah, Podium 1, Wisma Sumber Asli No. 25 Persiaran Perdana Lot 4G3, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62 574 Putrajaya                             pusaka@kptg.gov.my Tel (Pentadbiran) : 03-8871 2680 / 2682 / 2684 Faks : 03-8871 2853 PEJABAT PUSAKA KECIL - PERLIS Unit Pembahagian Pusaka Negeri Perlis Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Tingkat 7, Bangunan Persekutuan Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis pusakaperlis@kptg.gov.my No. Tel    : 04-9764 713 No. Faks : 04-9776 392 Daerah Jagaan : Seluruh Negeri Perlis PEJABAT PUSAKA KECIL - PULAU PINANG Unit Pembahagian Pusaka Negeri Pulau Pinang Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Aras 5, Anjung A & B Wisma Persekutuan Seberang Pe

Pengertian sebenar hibah - Apa itu hibah?

Apa itu hibah Teruskan bacaan anda mengenai hibah, Apa itu hibah ? Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu. Sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah. Hibah dalam islam Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).  Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak k