Langkau ke kandungan utama

Pengertian sebenar hibah - Apa itu hibah?


Apa itu hibah

Teruskan bacaan anda mengenai hibah,


Apa itu hibah ?

Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu. Sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.

Hibah dalam islam



Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). 


Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, tidak mengharapkan pahala di akhirat atau memuliakan seseorang dan dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.

Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. 



Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: 


“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”. (Surah al-Nisa’ ayat 4)

Selain itu, dalam Al-Quran yang bermaksud: “... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya”.
(Surah al-Baqarah ayat 177)


Ref : 
Portal Majlis Agama Islam Selangor

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Hibah dalam Islam

RUKUN HIBAH 4 rukun hibah yang wajib dipenuhi supaya hibah dapat ditunaikan sah disisi syarat Antara rukun hibah yang mesti anda tahu adalah pemberi hibah(a;-wahib), penerima hibah(al-mawhub lahu), harta yang dihibahkan(al-mawhub), sighah. kita lihat secara detail pengertian satu persatu rukun dalam hibah seperti berikut : 1. Pemberi hibah (al-Wahib) Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rusyd. Pemberi hibah  mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas  hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang  bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak. 2. Penerima hibah (al-Mawhub lahu) Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama  ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh  atau

Direktori Pejabat Pusaka Kecil Mengikut Negeri di Malaysia

Dimana pejabat pusaka kecil berdekatan dengan anda? Anda boleh rujuk senarai direktori pusaka kecil dibawah mengikut negeri anda Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Aras Bawah, Podium 1, Wisma Sumber Asli No. 25 Persiaran Perdana Lot 4G3, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62 574 Putrajaya                             pusaka@kptg.gov.my Tel (Pentadbiran) : 03-8871 2680 / 2682 / 2684 Faks : 03-8871 2853 PEJABAT PUSAKA KECIL - PERLIS Unit Pembahagian Pusaka Negeri Perlis Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Tingkat 7, Bangunan Persekutuan Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis pusakaperlis@kptg.gov.my No. Tel    : 04-9764 713 No. Faks : 04-9776 392 Daerah Jagaan : Seluruh Negeri Perlis PEJABAT PUSAKA KECIL - PULAU PINANG Unit Pembahagian Pusaka Negeri Pulau Pinang Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Aras 5, Anjung A & B Wisma Persekutuan Seberang Pe