Langkau ke kandungan utama

Catatan

Direktori Pejabat Pusaka Kecil Mengikut Negeri di Malaysia

Dimana pejabat pusaka kecil berdekatan dengan anda? Anda boleh rujuk senarai direktori pusaka kecil dibawah mengikut negeri anda Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Aras Bawah, Podium 1, Wisma Sumber Asli No. 25 Persiaran Perdana Lot 4G3, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62 574 Putrajaya                             pusaka@kptg.gov.my Tel (Pentadbiran) : 03-8871 2680 / 2682 / 2684 Faks : 03-8871 2853 PEJABAT PUSAKA KECIL - PERLIS Unit Pembahagian Pusaka Negeri Perlis Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Tingkat 7, Bangunan Persekutuan Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis pusakaperlis@kptg.gov.my No. Tel    : 04-9764 713 No. Faks : 04-9776 392 Daerah Jagaan : Seluruh Negeri Perlis PEJABAT PUSAKA KECIL - PULAU PINANG Unit Pembahagian Pusaka Negeri Pulau Pinang Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Aras 5, Anjung A & B Wisma Persekutuan Seberang Pe
Catatan terbaharu

KADAR HARTA YANG BOLEH DIHIBAHKAN

Islam tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan. Ini kerana harta yang hendak dihibahkan itu merupakan milik pemberi hibah, maka terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, Islam menggalakkan hibah diberikan secara adil, lebih-lebih lagi jika diberikan kepada anak-anak. Jumhur ulamak mengenai had hibah Jumhur ulamak (Hanafi, Maliki dan Syafie) berpendapat bahawa sunat menyamakan pemberian di antara anak-anak dan pemberian yang lebih kepada salah seorang daripada mereka adalah makruh hukumnya, walaupun pemberian itu sah. Bagi Abu Yusuf, melebihkan pemberian kepada sebahagian daripada anak-anak adalah diharuskan jika ibu bapa tidak berniat menimbulkan bahaya kepada anak-anak yang lain. Sekiranya ibu bapa berniat sedemikian, maka menjadi kewajipan mereka menyamakan pemberian tersebut. Menurut mazhab Hanbali, keadilan dalam pemberian hibah kepada anak-anak merupakan perkara yang wa

Rukun Hibah dalam Islam

RUKUN HIBAH 4 rukun hibah yang wajib dipenuhi supaya hibah dapat ditunaikan sah disisi syarat Antara rukun hibah yang mesti anda tahu adalah pemberi hibah(a;-wahib), penerima hibah(al-mawhub lahu), harta yang dihibahkan(al-mawhub), sighah. kita lihat secara detail pengertian satu persatu rukun dalam hibah seperti berikut : 1. Pemberi hibah (al-Wahib) Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rusyd. Pemberi hibah  mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas  hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang  bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak. 2. Penerima hibah (al-Mawhub lahu) Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama  ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh  atau

Pengertian sebenar hibah - Apa itu hibah?

Apa itu hibah Teruskan bacaan anda mengenai hibah, Apa itu hibah ? Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu. Sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah. Hibah dalam islam Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).  Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak k

Apa itu hibah? bagaimana hibah memudahkan anda mengurus harta pusaka anda

Hibah ialah bahasa mudahnya ialah pemberian,yang dibuat  semasa hidup , diberikan sebagai  tanda kasih sayang Hibah ialah satu pemberian daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang (Ibn Rush, 1996). Amaran: Artikel telah diambil dari beberapa dapatan kertas kerja berkenaan hibah, jika ianya masih berat dan begitu ilmiah, saya mohon maaf. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Saling memberi hadiahlah kamu sekalian, agar kalian saling mencintai” (Hadis riwayat al-Bukhari) Rukun Hibah ada 4 Pemberi  ( Al Wahib ) Pemberi mestilah sempurna akal, baliigh serta tidak muflis Penerima  ( Al- Mawhub lahu ) Sesiapa sahaja, asal boleh memiliki harta, bagi yang belum mukallaf, hendaklah ada wali atau pemegang amanah yang boleh menerima hibah untuk pihaknya Barang yang dihibahkan  (al-Mawhub) Halal, bernilai di sisi syarak, milik sempurna pemberi hibah, boleh diserah milik, wujub pada masa hibah Ijab dan Qabul Ada sambung