Hibah ialah bahasa mudahnya ialah pemberian,yang dibuat semasa hidup, diberikan sebagai tanda kasih sayang
Hibah ialah satu pemberian daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang (Ibn Rush, 1996).
Amaran: Artikel telah diambil dari beberapa dapatan kertas kerja berkenaan hibah, jika ianya masih berat dan begitu ilmiah, saya mohon maaf.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Saling memberi hadiahlah kamu sekalian, agar kalian saling mencintai” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Rukun Hibah ada 4
- Pemberi ( Al Wahib )
Pemberi mestilah sempurna akal, baliigh serta tidak muflis
- Penerima ( Al- Mawhub lahu )
Sesiapa sahaja, asal boleh memiliki harta, bagi yang belum mukallaf, hendaklah ada wali atau pemegang amanah yang boleh menerima hibah untuk pihaknya
- Barang yang dihibahkan (al-Mawhub)
Halal, bernilai di sisi syarak, milik sempurna pemberi hibah, boleh diserah milik, wujub pada masa hibah
- Ijab dan Qabul
Ada sambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul
Perkara yang paling penting selepas 4 rukun ini, ialah al Qabd. Penerimaan dan penyerahan barang yang dihibahkan
Ada dua kategori hibah.
a.Hibah Mutlak
b.Hibah Bersyarat ( Umra dan Ruqba)
Hibah Mutlak
Hibah Mutlak atau al-hibah al-munjizah ialah pemberian secara percuma yang berlaku semasa hidup tanpa disertakan sebarang syarat. Hibah dalam bentuk ini yang telah memenuhi rukun dan syaratnya akan memberi tiga kesan berikut (Nasrul Hisyam, 2011):
- Mawhub akan berpindah milik kepada penerima hibah berkuatkuasa serta-merta
- Hak milik penerima hibah adalah kekal dan tidak dihadkan tempohnya
- Hilangnya hak milik penghibah terhadap ‘ayn dan manfaat mawhub
Contohnya, si ibu yang memindahkan nama atas geran rumah kepada anak di Pejabat Tanah, permindahan berkuatkuasa serta merta dan si ibu hilang hak permilikan kepada rumah tersebut. Si anak berhak berbuat apa saja dengan rumah tersebut, termasuklah menjualnnya.
Manakala dalam sudut faraid pula, apabila anak itu meninggal, ia telah menjadi harta pusaka si anak. Di mana si ibu hanya dapat sedikitnya. selebihnya dapat kepada keluarga. Dalam kes rumah, waris waris ini berhak untuk menuntut hak rumah ini
Contoh dalam kes anak angkat,jika si ibu angkat memindahkan nama di geran kepada nama anak angkatnya, jika anak angkat meninggal dahulu, hak rumah tersebut jatuh kepada waris si anak angkat, iaitu ibu atau ayah kandung anak angkat tersebut, atau keluarganya. Di situ timbul isu apabila melakuka hibah mutlak.
Kekurangan hibah mutlak dalam konteks di Malaysia
- Kos yang lebih tinggi (ada cukai yang perlu dibayar)
- Hak permilikan si pemberi hilang serta merta
- Jika si penerima meninggal dunia dahulu, harta itu menjadi pusaka si penerima.
Hibah Bersyarat
Hibah bersyarat ialah kontrak hibah yang mana penghibah meletakkan sesuatu syarat sampingan bersama-sama akad hibah bagi melaksanakan pemberiannya.
Ada pelbagai jenis hibah bersyarat, namun di sini ialah
- Hibah ‘Umra
- Hibah Ruqba
‘Umra
‘Umra di sisi mazhab Maliki ialah pemberian manfaat harta sepanjang hayat penerima hibah tanpa balasan. Berdasarkan hal ini, dengan dengan syarat ‘umra bagi mazhab Maliki bukanlah pemberian dalam ertikata memindah milikkan harta itu sepenuhnya sebagaimana difahami oleh fuqaha jumhur, bahkan ianya adalah satu bentuk pinjaman atau pemberian hak untuk menggunakan manfaat harta tersebut sahaja (al-Dusuqi, 2005; al-‘Adawi, t.t.). Manakala fukaha jumhur pula memberikan takrif ‘umra yang boleh dikemukakan ialah, Satu bentuk pemberian hak milikan terhadap sesuatu harta kepada seseorang dengan menetapkan atau menghadkan tempoh pemilikannya berdasarkan kematiannya atau kematian orang yang diberi itu (Nasrul Hisyam, 2012).
Contoh sighah ‘umra ialah, “(Rumah) ini untuk kamu sepanjang hayat kamu, apabila kamu mati ia kembali kepadaku” atau “(Rumah) ini untuk kamu sepanjang hayatku, apabila aku mati ia kembali kepada ahli warisku” (al-Kasani, 2003).
Status kontrak hibah yang disyaratkan ‘umra adalah sah di sisi majoriti fuqaha. Namun, di sisi mazhab Zahiri dan al-Shafii dalam qawl qadimnya menyatakan hibah tersebut adalah batal (Ibn Qudamah, t.t.; al-Mawardi, ; al-‘Imrani ).
Berkenaan status syarat ‘umra, sama ada boleh dikuatkuasakan atau batal, majoriti fuqaha daripada Abu Hanifah, al-Shafi‘i, dan Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa syarat tersebut adalah batal. Manakala bagi Imam Malik, al-Layth, al-Shafi‘i dalam qawl qadim beliau, syarat ‘umra adalah berkuatkuasa. Berdasarkan pandangan kedua ini, mawhub hendaklah dikembalikan kepada penghibah atau warisnya setelah berlakunya kematian salah satu pihak yang dinyatakan (al-Baghawi, 1983; al-Qurtubi, 2002).
Ruqba
Ruqba bermaksud pemberian hak milik daripada seseorang kepada yang lain, yang mana jika salah seorang daripada penghibah dan penerima itu mati, harta yang ingin dihibahkan(mawhub) akan menjadi hak milik orang yang masih hidup (Ahmad Rida, 1960; al-Sharbasi, 1981). Gambaran sighah ruqba, adalah seperti, “(Rumah) ini untuk kamu sepanjang hayat kamu, sekiranya kamu mati sebelumku ia kembali kepadaku, (namun) jika aku mati sebelum kamu maka ia menjadi milikmu” (Ibn Qudamah, t.t.).
Umumnya, hibah yang disyaratkan ruqba adalah sah di sisi majoriti fuqaha. Namun, di sisi mazhab Zahiri, Abu Hanifah, dan Muhammad al-Shaybani dan menyatakan hibah ruqba adalah batal (Ibn Qudamah, t.t.; al-Mawardi, 1994; al-Sarakhsi, 2001).
Berkenaan status syarat ruqba, sama ada boleh dikuatkuasakan atau batal, majoriti fuqaha daripada Abu Hanifah, al-Shafi‘i, dan Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa syarat tersebut adalah batal. Berdasarkan pandangan ini, setelah penerima melakukan qabul dan qabd, mawhub akan menjadi milik penerima hibah selama hayatnya dan menjadi harta pusaka bagi ahli warisnya selepas dia mati tanpa mengambil kira kedudukan penghibah selepas daripada kontrak tersebut sama ada masih hidup ataupun telah mati (al-Kasani, 2003; al-Nawawi, t.t., al-Haytami, 2001; Ibn Qudamah, t.t.). Manakala bagi mazhab Maliki, syarat ruqba adalah berkuatkuasa. Berdasarkan pandangan kedua ini, mawhub hendaklah dikembalikan kepada penghibah jika penerima hibah yang meninggal terlebih dahulu atau sebaliknya menjadi milik penerima hibah jika penghibah yang meninggal dunia dahulu (al-Qayrawani, 1999).
Perkembangan konsep Hibah di Malaysia
Perkembangan hibah bergerak laju dalam industri takaful berkenaan dengan pampasan kematian yang tidak termasuk sebagai harta pusaka
Prinsip hibah yang diaplikasikan semasa membayar manfaat takaful ketika berlaku kematian dalam tempoh caruman iaitu sebelum sijil Takaful tersebut matang
Aplikasi hibah terhadap manfaat takaful adalah bagi memastikan bahawa bayaran atau wang manfaat tersebut dapat diserah hakkan kepada keluarga terdekat pencarum tanpa perlu terikat kepada peraturan pusaka. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dalam mesyuarat kali ke-34 pada 21 April 2003 (19 Safar 1424) dalam hal hibah dalam industri takaful khususnya yang berkaitan dengan hibah manfaat takaful dalam konteks perbincangan ini telah memutuskan sepertimana di bawah (Shariah Resolutions In Islamic Finance, 2007: 27-28):
(1)Takaful benefit can be used for hibah since it is the right of the participants. Therefore, the participants should be allowed to exercise their rights according to their choice as long as it does not contradict with Shariah;
(2) The status of hibah in takaful plan does not change into a will (wasiah) since this type of hibah is a conditional hibah, in which the hibah is an offer to the recipient of hibah for only a specified period. In the context of takaful, the takaful benefit is both associated with the death of the participant as well as maturity of the certificate. If the participant remains alive on maturity, the takaful benefit is owned by the participant but if he dies within such period, then hibah shall be executed;
(3) A participant has the right to revoke the hibah before the maturity date because conditional hibah is only deemed to be completed after delivery is made (qabdh);
(4) Participant has the right to revoke the hibah to one party and transfer it to other parties or terminate the takaful participation if the recipient of hibah dies before maturity; and
(5) The takaful nomination form has to be standardized and must stipulate clearly the status of the nominee either as a beneficiary or an executor (wasi) or a trustee. Any matter concerning distribution of takaful benefit must be based on the contract. Participants should be clearly explained on the implication of every contract being executed.
Berdasarkan keputusan mesyuarat di atas, hibah ke atas manfaat takaful diharuskan selagi ia adalah hak yang dimiliki oleh peserta takaful. Hibah tersebut adalah hibah bersyarat, iaitu penama akan memiliki manfaat tersebut apabila peserta takaful meninggal dunia.Sebaliknya jika peserta masih hidup ketika berakhirnya tempoh matang, sijil takaful tersebut akan menjadi milik peserta dan bukannya penama. Adalah jelas bahawa syarat yang ditentukan ini menyerupai syarat ruqba, iaitu pemilikan manfaat harta hibah disyaratkan hanya dimiliki oleh salah satu pihak yang hidup. Syarat ini, menurut majoriti ahli fiqh adalah batal walaupun pemberian tersebut tetap sah (Al-Sharbasi, 1981: 197-198; Al-Zawi, t.t.: 372; Ibn al-Jawzi, 1998:138; Ibn Qudamah, t.t.: 335).
Walau bagaimanapun, keputusan BNM itu bersandarkan kepada pendapat dalam mazhab Maliki yang mengiktiraf kesahan syarat ruqba (Al-Qurtubi, 2002: 53). Oleh kerana hibah yang diputuskan oleh Majlis Penasihat Syariah BNM itu adalah hibah bersyarat, berdasarkan pemerhatian penulis ia akan menghasilkan kesan-kesan berikut:
(1) Tawaran hibah hanya sah ketika peserta masih hidup dan akan berakhir dengan tamat tempoh sijil takaful.
(2) Keperluan qabd (pindahan milikan) dalam hibah ini tidak dipenuhi. Oleh kerana itu, peserta boleh membatalkan hibahnya atau menukar penama selagi tempoh sijil belum berakhir.
(3) Orang yang dinamakan sebagai penerima hibah adalah benefisiari dan bukannya wasi (executor). Oleh kerana itu, waris-waris yang berhak mendapat bahagian pusaka peserta (si mati) tidak berhak terhadap bayaran manfaat tersebut.
(4) Keputusan BNM di atas hanya bagi manfaat takaful (bayaran daripada Tabung Tabarruc). Walaupun keputusan di atas tidak menyebut secara jelas mengenai bayaran caruman daripada Tabung Peserta, bolehlah dikatakan bahawa ia juga termasuk dalam kategori harta takaful yang boleh dihibah. Ini kerana wang hasil caruman dalam Tabung Peserta itu sememangnya jelas dimiliki sepenuhnya oleh peserta itu, berbeza dengan status Tabung Tabarruc yang merupakan hasil sumbangan berupa peratusan tertentu daripada caruman peserta-peserta dalam ke dalam sesuatu skim takaful. Oleh kerana itu, secara analoginya peserta boleh menamakan seseorang bagi menghibahkan wang daripada kedua-dua tabung, iaitu, Tabung Tabarruc dan juga Tabung Peserta.
Antara salah satu syarikat pengurusan harta pusaka yang agresif menggunakan hibah bersyarat ialah Wassiyah Shoppe. Hampir semua harta boleh dihibahkan dengan produk yang telah dihasilkan, ini menyebabkan syarikat ini antara syarikat terbaik dalam pengurusan harta pusaka. Rumah, kereta, wang simpanan, pelaburan unit Amanah, pelaburan ASB, simpanan Tabung Haji, simpanan akaun CDS, saham syarikat, semua boleh dihibahkan. Dengan 300 lebih kes yang telah diselesaikan dan lebih 14 tahun dalam industri pengurusan harta pusaka. Ia menjadi ‘trendsetter’ dalam perkembangan hibah di Malaysia.
Jika dilihat metod syarikat ini, hanya syarikat MyPusaka dan Wassiyah Shoppe sahaja yang melalui mahkamah syariah untuk mendapatkan perintah hibah. Tiada syarikat lain setakat ini yang mendapatkan perintah hibah daripada Mahkamah Syariah. ( Julai 2017)
Kelebihan membuat hibah Ruqba dalam konteks di Malaysia
- Permindahan hak milik dilakukan selepas si pemberi meninggal dunia
- Hak permilikan masih di atas si pemberi
- Kos penyediaan dokumen yang lebih murah, berbanding penukaran nama di Pejabat Tanah waktu hidup ( waktu perlaksanaan hibah stamp duty dan M.O.T)
- Harta bercagar, dengan syarat ada MRTA/MRTT, boleh dihibahkan
Jika si ibu yang ingin menghibahkan rumah kepada anaknya atau suaminya, beliau boleh membuat dokumen hibah walaupun rumah masih dalam cagaran, dengan syarat adanya MRTT/MRTA, tanpa risau kehilangan hak milik terhadap harta yang dihibah atau si pemberi meninggal dunia.
Hibah Harta Bercagar
Dalam konteks pemilikan, Islam menentukan 2 bentuk pemilikan keatas sesuatu harta. Pertama, pemilikan secara sempurna atau Milk Al-Tam. Kedua, pemilikan secara tidak sempurna atau Milk Al-Naqis. Dimana pemilikan sempurna ini memberi hak dan kebebasan kepada pemiliknya untuk melakukan sebarang urusan atau tasarruf keatas harta miliknya sedangkan harta dibawah milik Milk Al-Naqis atau pemilikan tidak sempurna ini, hak berkenaan adalah terbatas dan bergantung kepada syarat-syarat tertentu dalam proses pengurusan ataupun tasarruf terhadap harta berkenaan ( Zamro Muda, 2017)
Berdasarkan pandangan fukaha yang membenarkan hibah terhadap harta milik orang lain, maka sesuatu harta milik penghibah yang kuasa pemilikannya adalah terhad boleh juga dihibahkan, tertakluk kepada kebenaran pihak yang mempunyai kepentingan terhadap harta tersebut. Hal ini berlaku umpamanya pada harta gadaian dan harta yang masih dalam pembiayaan pihak bank. Kebenaran daripada pihak-pihak terbabit hendaklah diperolehi menerusi cara sulh, ibra’, daman atau takaful antara pemiutang dan penghutang harta (Ahmad Hidayat Buang, 2007).
Dalam konteks semasa, kebenaran daripada pemiutang bagi tujuan hibah dilihat tidak mendatangkan masalah kepada mereka untuk mendapatkan balik hutang tersebut kerana urusan pinjaman terutamanya perumahan dilindungi oleh insurans atau takaful (Ahmad Hidayat Buang, 2007). Secara realitinya, adalah menjadi amalan (‘urf) dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia untuk berhutang bagi tujuan memiliki harta (Md. Saleh bin Haji Md. @ Haji Ahmad, 2004). Adalah sukar untuk menemui pembeli rumah yang membayar secara tunai kepada syarikat pemaju perumahan. Sekiranya, pemilik-pemilik harta berkenaan tidak dibenarkan untuk menghibahkan harta tersebut atas dasar ia masih lagi dalam pembiayaan, maka adalah sukar bagi mereka untuk melakukan hibah.
Oleh kerana itu, selain berpegang kepada pandangan mazhab Maliki dan Hanafi yang mengharuskan pemberian hibah terhadap harta yang bukan dimiliki secara mutlak oleh penghibah dengan syarat mendapat keizinan pemilik harta tersebut, maka adalah wajar membenarkan hibah harta yang masih dalam cagaran berdasarkan kepada prinsip maslahah dan kaedah fikah yang menyebut bahawa, “Sesuatu kesulitan dapat membawa kepada kemudahan” (al-Buti, 1966).
Pandangan ini nampaknya telah diterima oleh mahkamah syariah di Malaysia. Dalam kes Raihanah Binti Mohd Ali v Kamaruddin bin Mohd Nor & Lain-Lain [2008] 2 JH 253, mahkamah telah menolak permohonan plaintif untuk mengesahkan hibah yang telah dibuat oleh adiknya (si mati) kepadanya atas alasan tiada bukti yang menunjukkan bahawa si mati telah meminta kebenaran daripada pembiaya skim BBA (bay‘ bi thaman ajil) untuk membolehkannya menghibahkan hartanah tersebut kepada plaintif. Mahkamah dalam kes ini mengiktiraf bahawa harta yang dibeli melalui skim BBA dan seumpamanya adalah sah dengan syarat mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada penyedia skim atau pinjaman tersebut.
Oleh yang demikian, tidak timbul isu kesahan hibah harta dalam cagaran. Jika merujuk keadaan sekarang, pihak bank tidak mengambil tahu tentang soal pemilikan, tapi soal pembayaran.
Perkara 857 Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah, yang diguna pakai ketika pemerintahan kerajaan Uthmaniyah, barang yang dihibahkan mestilah terdiri daripada harta pemberi hibah tersebut, oleh itu jika seseorang menghibahkan harta orang lain tanpa izinnya, hibah ini tidak sah tetapi sekiranya selepas pemberian hibah tersebut, pemilik harta membenarkan pemberian hibah tersebut, maka hibah itu menjadi sah kerana kebenaran yang dilakukan kemudian itu sama kedudukannya dengan perwakilan yang dibuat sebelum daripada hibah itu. Sudahpun dipakai sekian lama didalam pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. ( Zamro Muda, 2017)
Dalam Kes Yati Suraya Vs Supiah Bintti Abu, kes yang agak baru, diputuskan oleh Mahkamah Negeri Sembilan, membenarkan hibah harta bercagar. Dalam Kes Raihanah Binti Mohd Ramli vs Kamaruddin Bin Mohd Nor (2008), dua JH 253, membenarkan Hibah dilakukan terhadap harta bercagar dengan syarat izin dari pihak pembiayaan kewangan. ( Zamro Muda, 2017)
Dalam industri perancangan harta pusaka, yang menawarkan hibah bersyarat ruqba, untuk harta yang masih bercagar ialah MyPusaka dan Wassiyah Shoppe. Ratusan perintah hibah mahkamah Syariah dikeluarkan. Namun syarat ketat sebelum hibah harta bercagar ialah dibuat ialah harta tersebut mestilah ada jaminan hutang terlangsai, maksudnya ada insurans atau takaful( MRTT/MRTA)
Salah Faham Wasiat dan Peranan Hibah sebagai Solusi
Kadar harta yang boleh diwasiatkan oleh pewasiat menurut ketentuan syarak adalah setakat 1/3 sahaja daripada harta bersih peninggalannya yang masih ada pada waktu kematiannya setelah digunakan untuk belanja pengebumiannya dan penunaian hutang-hutangnya jika ada yang menjadi tanggungan pewasiat. Oleh itu, wasiat yang melebihi kadar 1/3 harta pewasiat adalah tidak sah kecuali waris-waris bersetuju dengan kadar yang lebih itu. Jika waris-waris bersetuju, maka wasiat lebih daripada 1/3 adalah sah, dan jika mereka tidak bersetuju maka wasiat hanya sah setakat 1/3 sahaja dalan lebihan daripada itu menjadi harta pusaka. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Sa’ad Bin Abu Waqqas berkata: “Telah datang Rasulullah s.a.w untuk melihatku sedang aku berada di Makkah. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sebahagiannya.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sepertiga.” Baginda menjawab, “Ya, sepertiga.” Dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Para ulamak berselisih pendapat dalam menentukan hukum berwasiat kepada waris. Jumhur ulamak berpendapat bahawa wasiat kepada waris adalah tidak sah, kecuali mendapat persetujuan daripada semua waris. Jika mereka bersetuju, maka wasiat itu sah dan sebaliknya jika mereka tidak bersetuju maka wasiat itu tidak sah.Persetujuan mereka hendaklah dibuat selepas kematian pewasiat dan mereka yang memberi persetujuan hendaklah berkelayakan berbuat demikian. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menetapkan hak bagi setiap empunyanya, oleh itu tidak harus berwasiat kepada waris” (Hadis riwayat al-Tirmidhi).
Salah faham tentang wasiat
- Perancangan harta pusaka anda selesai dengan membuat penulisan wasiat
- Mengagihkan harta anda kepada waris(anak, pasangan) dengan wasiat
Untuk memgagihkan harta secara efektif kepada waris, instrumen yang perlu digunakan ialah Hibah. Wasiat fungsinya untuk memberi peluang kepada pemilik harta untuk bersedekah dan berinfak seperti yang telah diterangkan di atas
Jika seorang ayah ingin memberikan harta kepada isteri dan anaknya, beliau perlu membuat hibah, bukan wasiat. Jika dalam kes anak angkat. Si ayah ingin memberikan harta kepada anak angkatnya. Ada dua instrumen yang boleh digunakan
- Wasiat
Boleh diguna pakai kerana anak angkat bukan waris mengikut syarak. Namun ia terhad untuk harta 1/3 sahaja. Jika melebihi 1/3 bahagian pusaka. Anak angkat tersebut perlu mendapat persetujuan semua waris ayahnya.
- Hibah
Boleh hibahkan semua harta kepada anak angkatnya. Tiada had dan tiada halangan
Hukum Penarikan Balik atau Pembatalan Hibah
Apabila sempurna sesuatu akad hibah dengan memenuhi rukun dan syaratnya serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd), maka harta itu menjadi milik penerima hibah sekalipun tanpa balasan (‘iwad). Namun demikian, adakah hibah berkenaan boleh ditarik balik selepas itu menjadi perselisihan di kalangan fuqaha’ seperti berikut:
- Menurut pendapat mazhab Hanafi, pemberi hibah boleh tetapi makruh menarik balik hibah yang telah diberikan dan dia boleh memfasakhkan hibah tersebut walaupun telah berlaku penyerahan (qabd), kecuali jika hibah itu dibuat dengan balasan (‘iwad).
- Menurut pendapat mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab Maliki penarikan balik hibah boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul. Tetapi apabila disertakan dengan peyerahan dan penerimaan barang (al-qabd) maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selama mana harta itu tidak ada kaitan dengan orang lain.
- (iii) Menurut pendapat Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak boleh (haram) menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti anjing yang memakan balik muntahnya…” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Secara umumnya, para fuqaha’ bersetuju mengenai keharusan pembatalan hibah sekiranya ia dilakukan secara redha meredhai antara pemberi dan penerima hibah atau melalui keputusan hakim
Kadar Harta yang Boleh Dihibah
Islam tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan. Ini kerana harta yang hendak dihibahkan itu merupakan milik pemberi hibah, maka terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang 6 ingin dihibahkan.
Walaupun begitu, Islam menggalakkan hibah diberikan secara adil, lebihlebih lagi jika diberikan kepada anak-anak. Jumhur ulamak (Hanafi, Maliki dan Syafie) berpendapat bahawa sunat menyamakan pemberian di antara anak-anak dan pemberian yang lebih kepada salah seorang daripada mereka adalah makruh hukumnya, walaupun pemberian itu sah.
Bagi Abu Yusuf, melebihkan pemberian kepada sebahagian daripada anak-anak adalah diharuskan jika ibu bapa tidak berniat menimbulkan bahaya kepada anak-anak yang lain. Sekiranya ibu bapa berniat sedemikian, maka menjadi kewajipan mereka menyamakan pemberian tersebut.
Menurut mazhab Hanbali, keadilan dalam pemberian hibah kepada anak-anak merupakan perkara yang wajib. Manakala menurut Imam Malik, tidak boleh memberi hibah semua harta kepada sesetengah anaknya dan tidak kepada yang lain.
Menurut pendapat Hanafi, Syafie, Maliki dan Abu Yusuf, cara pemberian harta yang adil kepada anak-anak semasa hayat ialah dengan cara menyamakan pemberian tersebut tanpa membezakan di antara anak lelaki dan anak perempuan.
Sebaliknya, golongan Hanbali dan Muhammad bin Hassan al-Shaybani berpendapat bahawa keadilan yang dikehendaki dalam pemberian adalah mengikut kadar mereka dalam pembahagian harta pusaka, iaitu bahagian anak lelaki menyamai dua bahagian anak perempuan.
Dalam kes Muhammad bin Awang dan Lain-lain lwn. Awang bin Deraman dan Lainlain [2001] XIV(II) JH 165, Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan memutuskan bahawa hibah kepada anak-anak adalah sah walaupun terdapat sebahagian daripada mereka tidak mendapat hibah. Dalam kes ini, Panel Rayuan berpendapat bahawa hukum menyamaratakan pemberian kepada anak-anak adalah sunat (digalakkan) sahaja dan tidak menyebabkan hibah terbatal jika terdapat sebahagian anak-anak tidak mendapat hibah ( Zamro & Lizza 2017)
Kenapa hibah memudahkan proses pengurusan harta pusaka?
Setelah dipaparkan secara ringkas mengenai konsep hibah sebagaimana perbincangan di atas maka kita dapati bahawa hibah merupakan suatu bentuk atau instrumen perancangan harta semasa hidup yang diberi perhatian oleh Islam. Namun demikian, perlu diingat bahawa selain dari hibah terdapat beberapa instrumen lain dalam perancangan harta semasa hidup seperti wakaf, wasiat, sedekah, hadiah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, instrumen hibah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sebagai instrumen perancangan harta semasa hidup berbeza dengan instrumen-intrumen lain, lebih-lebih lagi dalam suasana kehidupan hari ini. Antara kelebihan, kepentingan dan kewajaran mengapa instrumen hibah dilihat sebagai satu instrumen yang perlu diberi perhatian semasa membuat perancangan harta adalah seperti berikut:
(a) Pemberian harta secara hibah dianjurkan oleh Islam
Sebagaimana perbincangan yang dipaparkan sebelum ini didapati bahawa hibah merupakan suatu yang dianjurkan oleh Islam sama ada anjuran itu melalui ayat-ayat alQuran atau hadis. Justeru pandangan sinis sebahagian masyarakat Islam bahawa pemberian harta secara hibah bertujuan mengelakkan pembahagian harta secara faraid adalah tidak tepat berdasarkan dalil-dalil yang telah dinyatakan. Ini kerana Islam telah memberi peluang kepada pemilik harta semasa hidupnya melakukan apa-apa bentuk perancangan harta selama mana tidak bercanggah dengan hukum syarak. Perlu diingat bahawa pembahagian harta secara faraid hanya berlaku jika si mati ada meninggalkan harta yang bakal diwarisi oleh waris-warisnya. Jika si mati tidak meninggalkan harta disebabkan hartanya telah dilupuskan semasa hayatnya maka hukum hakam berkaitan pusaka mempusakai tidak akan berlaku.
(b) Pemberian harta secara hibah boleh memupuk perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan silaturrahim
Jaminan bahawa pemberian harta secara hibah boleh memupuk kasih sayang antara pemberi dan penerima telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat dalam hadis yang dinyatakan sebelum ini. Justeru pemilik harta boleh memberikan hartanya secara hibah kepada sesiapa sahaja terutamanya mereka yang dekat hubungan dengan pemberi hibah seperti anak, isteri atau suami, ibu bapa, anak angkat dan lain-lain bagi menzahirkan lagi kasih sayang antara mereka. Apa yang penting, kezahiran kasih sayang ini dapat dipupuk samasa pemberi dan penerima hibah masih hidup lagi tidak sebagaimana wasiat.
(c) Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja
Hibah berbeza dengan pembahagian harta secara faraid kerana yang layak mendapat harta pusaka adalah waris-waris si mati sahaja. Begitu juga hibah berbeza dengan wasiat kerana wasiat hanya boleh dibuat kepada bukan waris sahaja. Namun hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh pemberi hibah sama ada ia merupakan waris atau bukan waris. Selain itu hibah juga boleh diberikan kepada non Muslim bagi tujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dan bukan untuk tujuan maksiat
(d) Kadar harta yang dihibahkan tiada had
Kadar harta yang hendak dihibahkan kepada penerima hibah tiada had atau terpulang kepada pemberi hibah bergantung kepada kemampuan dan kehendaknya. Hal ini tidak sama dengan wasiat, di mana harta yang diwasiatkan tidak boleh melebihi kadar 1/3 harta pusaka. Manakala pembahagian harta mengikut faraid pula adalah berdasarkan ketentuan dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Justeru, kita dapati bahawa hibah memberi kebebasan kepada pemilik harta untuk menentukan kadar atau bahagian harta yang hendak dihibahkan dengan memberi pertimbangan kepada keperluan hidup dan kehendak semasa penerima hibah.
(e) Pemanfaatan harta boleh dilakukan secara terus dan semaksimum mungkin
Islam membenarkan umatnya memiliki harta kekayaan bagi tujuan memakmurkan bumi Allah dengan cara yang terbaik sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Namun demikian, manfaat sesuatu harta yang dimiliki tidak boleh digunakan semaksimum mungkin apabila harta itu hanya dikumpulkan dan tidak dimanfaatkan secara total disebabkan faktor usia, kesibukan dan penyakit. Justeru, instrumen hibah boleh menangani masalah ini dengan baik di mana harta yang dihibahkan boleh terus dimanfaatkan oleh penerima hibah ketika pemberi hibah masih hidup. Jika pemilik harta membuat wasiat atau hanya menunggu hartanya difaraidkan selepas kematian maka pemanfaatan harta secara terus belum tentu dapat dilakukan atas beberapa faktor seperti karenah pentadbiran (birokrasi) dalam pembahagian harta pusaka, pertelingkahan di kalangan waris, kesahan wasiat dan sebagainya yang akhirnya menyebabkan sesuatu harta itu terbiar.
(f) Pemberian harta secara hibah mengikut kesesuaian status penerima hibah
Walaupun hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki olen pemberi hibah, namun jika dilihat dari sudut perancangan harta secara terancang maka wajar mengambil kira status penerima hibah dari segi ekonomi atau sosial. Dengan ini, pemberi hibah berhak menentukan sendiri kepada siapa hartanya hendak dihibahkan dan berapa kadar yang sesuai untuk dihibahkan dengan mengambil kira status ekonomi dan keperluan semasa penerima hibah. Di samping itu, faktor tanggungjawab, peranan dan sumbangan juga boleh diberi pertimbangan dalam menentukan penerima hibah dan kadar atau bahagian harta yang hendak dihibahkan.
Merujuk kepada fakta kes Muhammad Awang & yang lain lwn Awang Deraman & yang lain [2004] CLJ (Sya) 139, si mati, iaitu responden pertama semasa hayatnya telah menghibahkan dua bidang tanah miliknya kepada responden kedua dan ketiga, iaitu anak-anaknya. Selepas kematian responden, perayu-perayu, yang merupakan anak-anak si mati yang lain telah mempertikaikan kesahan hibah tersebut atas alasan antaranya pembahagian tersebut tidak adil kerana dibuat secara tidak sama rata. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pemberian tersebut walaupun kelihatan tidak adil tetapi merupakan sesuatu yang sah hukumnya. Hakim Daud Muhammad dalam menyampaikan penghakiman mahkamah berkata (Rusnadewi Abdul Rashid & Nor Hisyam Ahmad 2013: 100)
“Pada zahirnya, hibah yang dilakukan oleh gemulah (si mati) menempatkan sesuatu tindakan yang kurang adil kerana mengetepikan kepentingan sebahagian anaknya. Tetapi pada hakikatnya mungkin ada sebab-sebab yang munasabah, gemulah (si mati) dan Allah sahaja yang lebih mengetahui”
(g) Harta yang dihibahkan oleh ibu bapa (termasuk datuk dan nenek) kepada anak-anak boleh ditarik balik atau dibatalkan
Sesuatu pemberian harta secara hibah secara umumnya tidak boleh ditarik balik atau dibatalkan setelah ia memenuhi kesemua rukun dan syarat hibah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
ُ ŁŲÆ Ų§Ų¦َ Ų¹ْ Łَ Ų§ Ł Ł Ł ŁŁ ŲŖَ ŁŲØ Ł Ł ŲØْ Łَ Ų§ŁŁ َ Ł ُ ŁŲ¦ Łُ Ł َُّ Ų« ُ ŲÆْ Łُ Ų¹َ Ł Ł Ł Ł ŁŁ Ų¦ْ Łَ Ł )Ł
ŲŖŁŁ Ų¹ŁŁŁ( Maksudnya: “Orang yang menarik kembali hibahnya adalah sama seperti seekor anjing yang muntah kemudian ia menjilat kembali muntahnya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Namun demikian, pemberian harta secara hibah oleh ibu bapa kepada anak-anak atau datuk dan nenek kepada cucu-cucu boleh ditarik balik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
ُّ ŁŁَ ŁََŁŲ§ ٍ ŁُŲ¬َ ŁŲ± Ł ٍ ŁŁ
Łْ Ų³ُ Ł
ْ Łَ Ų£ Ł Ł Ų·ْ Ų¹ُ Ł
Ų©َّ ŁŁ Ų·َ Ų¹ ْ Łَ Ų£ َ ŲØَ Łَ Ł
Ų©َ ŁŲØ Ł ُ ŁŲ¹ Ų¬ْ Ų±َ Łَ Ł ْ ŁŁ Ł Ų§ َ Ł َّ ŁŁŲ§ Ų„ Ł ŁŲÆ Ų§Łَ Łْ Ų§Ł Ų§ َ Ł
ْ ŁŁ Ł Ł Ł Ų·ْ Ų¹ُ Ł Ł ŁŁ ŲÆَ Łَ ŁŁ Ł
Maksudnya: “Tidak halal seseorang lelaki muslim yang memberi sesuatu pemberian atau hibah maka ditarik kembali pemberian atau hibah tersebut kecuali pemberian atau hibah seorang bapa kepada anaknya” (Hadis riwayat Abu Dawud).
Dari hadis ini, ulama’ memperluaskan maksud bapa di mana sebarang hibah atau pemberian usul kepada furuc boleh ditarik balik. Usul termasuk ibu, bapa, datuk dan nenek ke atas, sementara furuc termasuk anak dan cucu ke bawah. Kebenaran penarikan balik hibah yang dibuat oleh usul kepada furuc merupakan suatu keistimewaan yang diberikan oleh Islam. Ini kerana ibu bapa lebih memahami situasi dan perkembangan anak-anak mereka.
(h) Pemberian harta secara hibah boleh dilakukan tanpa pindah milik harta dalam dokumen hakmilik (geran)
Sesuatu hibah dianggap sah jika telah memenuhi rukun dan syaratnya. Justeru perlu dibezakan antara al-qabd dan pindah milik harta atau pertukaran nama pada dokumen hakmilik (geran). Ada sesetengah pihak beranggapan bahawa sesuatu pemberian harta secara hibah tidak sah jika pertukaran nama pada dokumen hakmilik tidak dilakukan. Keadaan ini disebabkan mereka tidak dapat membezakan antara al-qabd dan pindah milik harta atau pertukaran nama pada dokumen hakmilik (geran). Al-Qabd ialah penyerahan harta hibah daripada pemberi hibah kepada penerima hibah. Dengan berlakunya al-qabd, maka penerima hibah boleh menguasai dan menguruskan harta berkenaan setelah diizinkan oleh pemberi hibah. Oleh yang demikian, pindah milik harta atau pertukaran nama pada dokumen hakmilik (geran) adalah pilihan kepada pemberi hibah dan bukannya syarat untuk mengesahkan sesuatu hibah.
Dalam situasi sekarang di mana keperluan harta semakin mendesak dan kepercayaan semakin terhakis, maka adalah wajar sesuatu pemberian harta secara hibah tidak disusuli dengan pertukaran nama pada dokumen hakmilik (geran). Pertukaran nama atau pindah milik boleh dilakukan selepas kematian pemberi hibah semasa pembahagian harta pusaka dilakukan. Walau bagaimanapun dokumen hibah perlu dibuat secara jelas atau bertulis supaya tidak berlaku sebarang pertikaian selepas kematian pemberi hibah.
Selain itu, penyediaan dokumen hibah lebih menjimatkan kos berbanding dengan pertukaran nama atau pindah milik harta yang dibuat semasa pemberi hibah masih hidup. Ini kerana kos pindah milik harta yang dibuat semasa hidup lebih tinggi berbanding dengan kos turun milik (pembahagian harta selepas kematian). Di samping itu, proses penarikan balik hibah yang dibuat oleh ibu bapa kepada anak-anak adalah lebih mudah jika namanya masih kekal pada dokumen hakmilik. Jika pindah milik harta atau pertukaran nama telah berlaku maka penarikan balik hibah perlu melalui Mahkamah Syariah bagi tujuan mendapatkan perintah penarikan balik hibah supaya pihak pentadbiran seperti pejabat tanah menukar kembali nama pada dokumen hakmilik berkenaan. Keadaan lebih menyukarkan terutamanya apabila harta telah dilupuskan oleh penerima hibah seperti penerima hibah telah memberi atau menjual harta berkenaan kepada pihak lain. Di samping itu, proses mahkamah juga mengambil masa dan orang awam biasanya kurang memahami prosedurnya.
Golongan yang kritikal memerlukan perancangan hibah
- Pasangan suami Isteri yang membeli rumah secara bersama ( 2 nama SNP/Joint Loan)
- Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja
- Pasangan yang mempunyai anak angkat
- Pasangan yang berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata selepas sekian lama
- golongan yang berpoligami
- Pasangan yang masih mempunyai ibu dah ayah
- Golongan yang sekian lama membujang
- Golongan yang mempunyai anak lelaki dan perempuan
- Pasangan yang mempunyai anak OKU
- Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan
- Individu yang akan menunaikan ibadah Umrah dan Haji
- Ahli perniagaan
Hubungi admin untuk pertanyaan dokumen wasiat dan hibah
Boleh klik sini
Boleh klik sini
RUJUKAN
‘Adawi, al-, ‘Ali al-Sa‘idi, t.t. Hashiyat al-‘Adawi ‘ala Sharh Abi al-Hasan, j. 2. Beirut: Dar al-Fikr.
‘Ali Haydar, t.t. Durar al-Hukkam Sharh Majallat al-Ahkam, j. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Abdul Rahman, M. F. (2006). Bagaimana Mengurus Harta Pusaka. Kuala Lumpur: PTS Publishing.
Ahmad Hidayat. (2002). Bagaimana Membuat Wasiat. Kuala Lumpur: APIUM.
Ahmad Ibrahim Bik, 1936. Kitab al-Mu‘amalat al-Syar‘iyyah al-Maliyyah. Kaherah : Matba‘at al-Nasr.
Ahmad Ma’sum Billah. (2003). Manual of Principles and Practice of Takaful and Retakaful. Kuala Lumpur: IIUM.
Ahmad Rida, al-Sheikh. 1960, Mu‘jam Matan al-Lughah, j. 5. Beirut: Dar Maktabat al-Hayah
Ahmad Zohdi Mohd Sheikh. (2009). Asas Mengenal Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Hukum Faraid. Selangor: NZ Dar al-Ilmi.
Akta Takaful 1984.
Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Kaedahkaedah 1987.
al-‘Aqil, 1978. ‘Aqd al-Hibah Bayn al-Fiqh al-Islami wa al-Qanun al-Madani. Kaherah: Dar al-Huda.
al-‘Asqalani, Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad bin Hajar, t.t., Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari, j. 5. Kaherah: Dar al-Taqwa.
al-‘Ayni, Mahmud bin Ahmad, 1980. al-Banayah fi Sharh al-Hidayah, j. 9. Beirut: Dar al-Fikr.
al-‘Imrani, Abi al-Husayn Yahya Ibn Abi al-Khayr, t.t.) al-Bayan fi Madhhab al-Imam al- Shafi‘i: Sharh Kitab al-Muhadhdhab, j. 8. Dar al-Minhaj.
al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, 1979. Irwa’ al-Ghalil fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil, j. 6. Beirut: al-Maktab al-Islami.
al-Ansari, Abi Yahya Zakariyya, t.t.. Fath al-Wahhab, j. 1. Beirut: Dar al-Fikr.
al-Asyuti, Muhammad bin Ahmad, 1996. Jawahir al-‘Uqud wa Mu‘in al-Qada’ wa al-Muwaqqi‘in wa al-Shuhud. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
al-Ba‘albaki, Ruhi, 1994. al-Mawrid ‘Arabi Inkilizi. Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin.
al-Baghawi, al-Husayn bin Mas‘ud, t.t. Masabih al-Sunnah, j. 2. Beirut: Dar al-Qalam.
al-Bahuti, Mansur bin Yunus, 1982. Kashshaf al-Qina‘ ‘an Matan al-Iqna‘, j. 4. Beirut: Dar al-Fikr.
al-Bukhari, t.t. al-Adab al-Mufrad, j. 4. Jamamizah: Maktabat al-Adab wa Matba‘atuha.
al-Dusuqi, Muhammad ‘Arafah, 2005. Hashiyah al-Dusuqi ‘ala al-Sharh al-Kabir, j. 5. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
al-Fayyumi, Ahmad bin Muhammad, t.t. al-Misbah al-Munir. Kaherah: Dar al-Ma‘arif.
al-Hajjawi, Abu al-Naja al-Maqdisi, 1999. al-Iqna‘ li Talib al-Intifa‘, j. 3. Riyadh: Dar ‘Alam al-Kutub.
al-Haytami, Ibn Hajar, 2001. Tuhfat al-Muhtaj bi Sharh al-Minhaj, j. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Alias Bin Azhar, et al. / Pengurusan Harta Dalam Islam: Perspektif Hibah Di Malaysia
al-Jaziri, ‘Abd al-Rahman, t.t. Kitab al-Fiqh ‘ala al-Madhahib al-Arba‘ah, j. 3. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
al-Jurjani, ‘Ali bin Muhammad, 1421H. Kitab al-Ta‘rifat. Jeddah: al-Haramayn.
al-Kasani, Abi Bakr bin Mas‘ud, 2003. Badai‘ al-Sanai‘ fi Tartib al-Sharai‘, j. 8. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
al-Khinn, Mustafa, et. al., 2003. al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Madhhab al-Imam al-Shafi‘i, j 2 dan 3. Damsyik: Dar al-Qalam.
al-Khurshi, Muhammad bin ‘Abd Allah, 1997. Hashiyah al-Khurshi, j. 7. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
al-Marbawi, Muhammad Idris ‘Abd al-Ra’uf, 1350H. Qamus Idris al-Marbawi, j. 2. Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh.
Al-Marbawi, Muhammad Idris Abdul Rauf. (1995). Kamus Idris al-Marbawi. Singapura: Pustaka Nasional.
al-Mawardi, ‘Ali bin Muhammad bin Habib, 1994. al-Hawi al-Kabir, j. 9. Beirut: Dar al-Fikr.
al-Nawawi, Abi Zakariyya Mahy al-Din, 1985. Rawdat al-Talibin, j. 5. Beirut: al-Maktab al-Islami.
al-Nawawi, t.t. al-Majmu‘ Sharh al-Muhadhdhab, j. 15. Beirut: Dar al-Fikr.
al-Qalyubi, Shihab al-Din Ahmad bin Ahmad bin Salamah dan ‘Umayrah, Shihab al-Din Ahmad al-Barlisi, t.t. Hashiyatan Qalyubi wa ‘Umayrah, j. 3. Beirut: Dar al-Fikr.
al-Qayrawani, Abi Muhammad ‘Abd Allah, 1999. al-Nawadir wa al-Ziyadat ‘ala Ma fi al-Mudawwanah min Ghayriha min al-Ummahat, j. 12. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami.
al-Qinuji, Siddiq bin Hasan, 1992. Fath al-Bayan fi Maqasid al-Qur’an, j. 1. Beirut: al-Maktabah al-‘Asriyyah.
Al-Quran al-Karim.
al-Qurtubi, Abu ‘Abd Allah al-Ansari, 2002. al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, j. 5. Kaherah: Dar al-Hadith.
al-Ramli, Muhammad bin Abi al-‘Abbas, 1967. Nihayat al-Muhtaj Ila Sharh al-Minhaj, j. 5. Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh.
al-San’ani, Muhammad bin Isma‘il, 2005. Subul al-Salam Sharh Bulugh al-Maram min Jam‘ Adillat al-Ahkam, j. 3. Kaherah: Maktabat al-Safa.
al-Sanhuri, t.t. al-Wasit fi Sharh al-Qanun al-Madani, j. 2 dan 6. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
al-Sarakhsi, Shams al-Din, 2001. al-Mabsut, j. 12. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
al-Sayyid al-Bakri, Abu Bakr ‘Uthman bin Muhammad Shatta al-Dimyati, 2002. Hashiyah I‘anat al-Talibin ‘ala Hal Alfaz Fath al-Mu‘in, j. 3. Beirut: Dar al-Fikr.
al-Sharbasi, Ahmad, 1981. al-Mu‘jam al-Iqtisadi al-Islami. T.tp.: Dar al-Jayl
al-Sharbini, Muhammad al-Khatib, t.t. Mughni al-Muhtaj, j. 4. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi
Al-Zuhaily, Muhammad. (2001). Al-Faraid Wa al-Mawarith Wa al-Wasoya. Damsyiq: Dar al-Kalim al-Tayyib.
al-Zuhayli, Wahbah, 1997. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, j. 5. Damsyik: Dar al-Fikr.
Ariff Bin Sabirin. (2009). Instrumen Perancangan harta Bagi Saudara Baru. Artikel Bengkel Wasiat dan Harta Pusaka, Anjuran PERKIM & Wasiyyah Shoppe, 2 Mac. Kuala Lumpur: Hotel Grand Pacific.
Asaf A. A. Fyzee, 1974. Outlines of Muhammadan Law, Publisher Delhi : Oxford University Press.
Badr Jasim al-Ya‘qub, 1986. ‘Aqd al-Hibah fi al-Qanun al-Madani al-Kuwayti: Dirasah Muqaranah. Kuwait: Maktabah Tijariyyah Kuwayt.
Bank Negara Malaysia. (2004). 20 Tahun Pengalaman Malaysia dalam Industri Takaful. Kuala Lumpur: BNM.
Bayhaqi, al-, Abi Bakr Ahmad bin al-Husayn bin ‘Ali, t.t. al-Sunan al-Kubra, j. 6. Beirut: Dar al-Fikr.
Buku Panduan Asas Takaful. (2007).
Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005.
Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004.
Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999.
Harith Suleiman Faruqi, 1962. Faruqi’s Law Dictionary. Libyan Publishing House.
Harun bin Muda dan lain-lain v Mandak binti Mamat [1999] 1 JH 63
http://aies.org.my
Hukum Dan Kepentingan Faraid. (2009). Pelan Pewarisan, Warisan Mukmin Sdn Bhd. www.warisanmukmin.com/pelan_pewarisan.htm
Husen Shahata. (2003). Manhaj Islam Berinteraksi Dengan Harta Benda. Terj. Kedah: Pustaka Darussalam.
Ibn ‘Abidin, Muhammad Amin, 1966. Hashiyah Radd al-Mukhtar, j. 5. Mustafa al-Babi al-Halabi.
Ibn al-‘Arabi, Abu Bakr Muhammad, 1996. Ahkam al-Qur’an, j. 1. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Ibn al-Mundhir, Abi Bakr Muhammad bin Ibrahim, 1999. al-Ijma‘. ‘Ajman: Maktabah al-Furqan.
Ibn Kathir, Abi al-Fida’ Isma‘il, 1992. Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, j. 1. Damsyik: Dar al-Fayha’.
Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad bin Mukram, 2003. Lisan al-‘Arab, j. 6 dan 9. Kaherah: Dar al-Hadith.
Ibn Nujaym, Zayn al-Din bin Ibrahim, 1993. al-Bahr al-Ra’iq Sharh Kanz al-Daqa’iq, j. 7. Beirut: Dar al-Ma‘rifah.
Ibn Qudamah, t.t. al-Mughni, j. 6. Beirut: Dar al-Fikr
Ibn Rush. (1989). Bidayat al-Mujtahid Wa Nihayat al-Muqtasid. Beirut: Dar al-Jil.
Ilyas Antuni Ilyas, t.t. Elias Modern Dictionary: Arabic – English. Kaherah: Elias Modern Publishing House.
Jassas, al-, Abi Bakr Ahmad bin ‘Ali al-Razi, 1992. Ahkam al-Qur’an, j. 2. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
Journal of Human Development and Communication Volume 3, 2014 [115-128]
Jurnal Hukum. (2004). Jld. XXI (II). Putrajaya: JKSM.
Jurnal Hukum. (2004). Jld.XVII (I). Putrajaya: JKSM.
Kamal Hamdi, 1987. al-Mawarith wa al-Hibah wa al-Wasiyyah. Iskandariyah : Dar al-Matbu‘ah al-Jami‘iyyah.
Kamila Tyabji, 1949. Limited Interest in Muhammadan Law. London: Steens & Sons Ltd.
Kamus Dewan, 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka
Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. (2006). Ed.ke-2. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti.
Mohd Fadhil Yusof. (2004). Pelan Takaful Wakaf. Nilai: KUIM
Mohd Ifram al-Bustani. (1986). Munjid al-Tollab. Beirut: Dar al-Masyriq
Mohd Zamro Muda, & Mohd Ridzuan Awang. (2006). Undang-undang Pusaka Islam: Pelaksanaan di Malaysia. Bangi: UKM.
Mu‘awwad ‘Abd al-Tawwab, 1987. Mudawwanat al-Qanun al-Madani, j. 1. Kaherah: Jalal Huzzi wa Shuraka’uh.
Muhammad Abu Zahrah. (1978). Sharhu Qanun al-Wasiyyah. Kaherah: Dar al-Fikr al-‘Arabi.
Muhammad Hasan al-Himsi. (1984). Quran Karim: Tafsir Wabayan Ma’a Faharis Kamilah Lil Mawadhi’ Wal Alfadz. Beirut: Dar al-Rasyid.
Muhammad Jawwa Maghniyyah, 1965. Fiqh al-Imam Ja‘far al-Sadiq, j. 4. Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin.
Muhammad Qadri Basha, 1338H. Kitab Murshid al-Hayran ila Ma‘rifat Ahwal al-Insan. Kaherah: al-Maktabat al-Misriyyah.
Muhammad Qadri Basha, 2006. al-Ahkam al-Shar‘iyyah fi al-Ahwal al-Shakhsiyyah, j. 1. Kaherah: Dar al-Salam.
Mustofa al-Khin al-Bugho, & Ali al-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie, Terj. Jld 5. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Nadir ‘Abd al-‘Aziz Shaqi, 2002. ‘Aqd al-Hibah fi al-Qanun al-Lubnani wa al-Maqarin, j. 1. Tarablus: al-Mu’assasah al-Hadithah li al-Kitab.
Nasrul Hisyam Nor Muhamad, ‘Umra dan Ruqba : Analisis Mengenai Kesannya Terhadap Kontrak Hibah dan Potensinya Sebagai Instrumen Agihan Harta, Shariah Journal, Vol. 20, No. 1, 2012) 1-46
Nasrul Hisyam, 2011. Hibah dalam Undang-undang Islam: Prinsip dan Amalan. Johor Baharu: UTM Press
Othman Yaakob. (2008). Pembentukan Trust Hibah. Kuala Lumpur: UM.
Poolimahee Rajeswary @ Fatimah bt Baba v Meah bt Hussain [2005] 1 JH 164
- S. Donich, ed., 1982. The Concise Oxford English – Arabic Dictionary. London: Oxford University Press.
Saharain bin Nordin v Noridah binti Nordin 1 JH (2008) 73
Shams al-Din Ahmad bin Qudir, 2003. Nata’ij al-Afkar fi Kashf al-Rumuz wa al-Asrar, j. 9. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Sobri Salamon. (1989). Ekonomi Islam; Pengenalan dan Kemungkinan. Selangor: Dar al-Rahmaniyyah
Undang-undang Sivil Iraq (No. 40/1951)
Undang-undang Sivil Jordan (No. 43/1976)
Undang-undang Sivil Lubnan (No. 9/1932)
Undang-undang Sivil Mesir (No. 31/1948)
Undang-undang Sivil Syria (No. 84/1949)
Undang-undang Sivil Tunisia (No. 17/1964)
Undang-undang Sivil UAE (No. 5/1985)
Wahbah al-Zuhaily. (1989). Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh. Damsyiq: Dar al-Fikr.
Wan Abdul Halim Wan Harun. (2006). Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka. Kuala Lumpur: DBP.
www.peguamsyarie.org
www.wasiyyahshoppe.com.my
Ulasan
Catat Ulasan